Saturday, August 15, 2009

Ulasan Langkah 3(Daawah)




Berdaawah di tempat ma'siat secara berkumpulan atau bersendirian.


Bagi yang tidak pernah atau jarang2 berdaawah maka tajuk ini kelihatan menggerunkan.Ini kerana kita memikirkan risiko yang perlu dihadapi dan rintangan2nya amat banyak.Terus terang saya katakan saya bukanlah pendaawah profesional,tetapi saya ingin berkongsi serba sedikit tentang topik ini agar memudahkan sesiapa yang ingin berdaawah terus kepada sasaran atau frontline secara partime atau terancang di bawah organisasi surau@masjid.Di sini saya sertakan kaedah2 cadangan :





Langkah pertama sebagai untuk meyakinkan diri kita perlu bersolat tahajud pada malamnya sebelum kita turun ke lapangan.Boleh juga ditambah amalan2 lain seperti berpuasa sunat dan lain2.


2.Sebelum pergi lebih baik kita membaca doa Nabi Musa seperti di dalam surah Thoha ayat 25-28


3.Apabila berjumpa sasaran samada individu atau kumpulan terus meminta izin kita ingin bercakap selama lima minit,bukan untuk mengajar atau menasihati tetapi ingin berkongsi cerita.
Cakap dengan lemahlembut dan bersopansantun.

4.Selama lima minit yang diberikan kita bercakaplah tentang kehidupan yang sementara,balasan syurga kepada orang mu'min yang beramal soleh,kecantikan islam dan semua berita baik dan janji baik yang diberikan oleh Rasulullah dan juga keagungan Allah.Berpegang teguh dengan ayat 25 surah Albaqarah.JANGAN lagi bagi ayat2 azab atau larangan agama.


5.Setelah 5 minit beritahu sasaran apa yang baik ambillah dan apa yang salah dan silap kita sila maafkan.Boleh juga lebih 5 min bergantung kepada keadaan.


6.Minta diri dan pergi ke sasaran lain pula


7.Ketika pulang ke rumah berdoalah agar sasaran diberikan hidayah oleh Allah


8.Ketika bercakap dengan sasaran mestilah dengan sepenuh hati,kalau boleh sambil menangis dengan pengharapan kepada janji baik dari Allah,kerana kalau sasaran tidak mahu atau tidak mengindahkan, kita sendiri mahu dengan sepenuh hati apa yang Allah janjikan.Kalau tidak boleh menangis tidak apa2.
9.Inilah kaedah mudah yang saya fikir boleh dibuat oleh sesiapa sahaja dan boleh juga diubahsuai.Jangan katakan TIDAK kepada daawah rumah ke rumah atau di tempat ma'siat sebelum anda cuba dahulu kaedah ini.




Pengalaman1


Berdaawah di pasar malam


Sasaran adalah sekumpulan pemuda Indonesia,7 hingga 8 orang sedang makan buah di pinggir jalan di tepi pasar malam.


Masa sejurus selepas solat isya di surau


Saya mencelah ketika mereka sedang mula untuk makan buah dengan meminta izin untuk bercakap selama 5 minit.Terus bercerita tentang balasan baik Allah kepada orang beriman beramal soleh dan juga syurga firdaus. Setelah selesai minta diri.

Pengalaman2
Berdawah di bus stop
Sasaran seorang pelajar tingkatan empat sedang menunggu bas
Masa waktu pagi sekitar 6.30 pagi

Saya bertanya nama, lorong kediaman dan sekolah dimana,terus mengaitkan kes H1n1 dengan kemungkaran manusia kepada Allah.Menceritakan manusia terhutang budi kepada Allah seperti bumi yang dipijak milik Allah,angin yang disedut milik Allah ,matahari yang menerangi untuk bekerja juga milik Allah.Manusia bila dapat ni'mat lupa Allah yang memberikan ni'mat. Disangkanya dia dapat ni'mat itu kerana dia bekerja-rumah besar kereta dan sebagainya sedangkan sekiranya Allah tarik ni'mat seperti matahari manusia tidak akan mampu mencapai impiannya.Mengajak ke surau untuk solat berjemaah.Bas sampai dan kami naik bas.

1 comment: