Friday, August 14, 2009

Testimoni 2





Merawat adik sendiri yang diserang saka.Pada suatu hari saya menerima panggilan telefon dari adik saya seayah(ibu berlainan)bernama AB.Dia mengatakan adik yang bernama AA sakit dan dirawat oleh seorang perawat dari Serting.Masalahnya adalah saka dari keluarga sebelah isteri mengganggunya menyebabkan beliau kerasukan ketika sedang bekerja di sebuah kilang di Bangi kata AB.AB yang bekerja di Kuantan membawa pulang AA ke Kuantan untuk dirawat.Perawat NN dari Serting itu telah merawatnya dua atau tiga hari.Menurut AB NN menggunakan duri landak.Kebetulan seorang jiran yang juga seorang perawat datang melawat.NN merawat dan dibantu serba sedikit oleh jiran tadi. Akhirnya berlakulah dialog,jin itu

tidak mahu keluar kecuali setelah diadakan sedikit jamuan.Oleh kerana perawat NN tidak berjaya mengeluarkan jin itu beliau setuju supaya diadakan jamuan itu.Oleh itu pihak keluarga isteri AA telah menyediakan jamuan itu di bawah sebatang pohon berhampiran rumah mertua AA di Bangi.Akihrnya AA pulih.Setelah dua tiga hari pulang ke Bangi AA telah diserang semula.AB menelefon saya semula meminta pandangan,saya mencadangkan AB membawa pulang AA untuk dirawat di rumah saya.AB bersetuju untuk membawa AA pulang.Memandangkan saya juga ada masa terluang saya ingin ikut dalam perjalanan itu.

Kami sampai ke Bangi lewat tengahari.Kemudian terus ke rumah AA. Oleh kerana tiada orang kelihatan kami ke rumah mertua AA berhampiran.Tidak lama kami sampai mereka pun pulang dari kenduri kahwin rumah jiran.Isteri AA mengatakan kekesalan kerana setelah dijamu ternyata jin itu mungkir janji,dan beliau juga rasa ragu2 kerana takut telah berbuat syirik.Saya menasihatkan agar lain kali jangan mengikut syarat jin kerana mereka memang kerjanya menipu.Seterusnya kami terus ke rumah AA bersama isterinya.Rupanya AA ada di rumah menonton tv.Menurut isterinya sejak sakit AA tidak mahu solat seperti biasanya.Sambil menunggu isterinya bersiap saya menyentuh beberapa point dibelakang AA sambil meruqyah.Dengan tidak semena2 badan AA bergoyang2 mulai dari perut ke atas seperti ular.Saya meminta keluarga isterinya membeli ais dan limau.Setelah melakukan mandian limau agak kurang goyangnya. Tetapi tidak lama kemudian kuat semula.Kami bersiap untuk pulang ke Kuantan.Sepanjang perjalanan AA masih meliuk2 seperti ular hatta ketika kami berhenti makan sekalipun.Malam besoknya AB membawa AA ke rumah saya untuk dirawat.Sebelum dirawat di rumah saya rupanya AA telah dirawat di Sg Lembing siangnya atas desakan kakak ipar QQ isteri abang saya WW.AA tinggal di rumahnya jadi sukar untuk membantah kakak iparnya.Saya mula meruqyah seperti biasa dan meminta mereka membawa daun munggal@ramunggal@kelor keesokannya.Badan AA masih meliuk2.hari kedua saya menyapu atar kasturi hitam sebelum meruqyah di kaki, tangan dan terutamanya di perut.Setelah disapu kelitan kakinya bergoyang2.Saya meruqyah daun ramunggal ,setelah beri minum cawan pertama kata AA rasanya pedas. Saya beri minum cawan kedua ,beliau mula sendawa dengan banyaknya.Saya terus meruqyah sambil mengurut point yang sakit.Saya beritahu jin itu saya ingin berdialog dengan mereka .Mereka setuju dialog dengan isyarat tangan sahaja.Saya tanya mereka jin jenis apa , mereka jawab saka dan sihir ada lebih kurang 100 ekor dalam badan.Saya tanya lagi ada yang nak keluar?Sebahagiannya setuju dan disuruh keluar melalui ibujari kaki kiri.Oleh kerana goyangan masih kuat saya menggunakan teknik TRO.ketika merotan kain pelikat dua kali AA termuntah dengan banyaknya.Setelah melihat goyangan badannya makin lemah saya melakukan bekam angin di perut beliau.Setelah dibekam sertamerta tiada lagi liuk2 perutnya.Isterinya sangat gembira kerana sebelum ini beliau agak malu juga liuk2 perut suaminya sepanjang masa siang dan malam.
Pada hari ketiga AA memberitahu tiada lagi rasa pedas setelah minum air munggal.Saya melihat beliau bersih mukanya.Saya membekalkan air ruqyah yang banyak dan menyuruhnya meneruskan mandi limau di rumahnya nanti.Saya juga berpesan agar banyak membaca quran kerana saya merawatnya dengan membaca ayat quran,bukti ayat Allah dapat melemahkan gangguan syaitan dan menghindarkannya.

No comments:

Post a Comment