Tuesday, August 18, 2009

Tujuan2 Daawah Persendirian Dan Rumah ke Rumah





Assalamualaikum,untuk melanjutkan lagi perbincangan kita,mari kita lihat dahulu beberapa peranan daawah yang telah dilaksanakan di negara kita .






1)Politik- Parti islam dll



2)rumah ke rumah-jemaah tabligh dll



3)kaum bukan islam-Perkim dll



4)masjid dan surau-ustaz2 dan penceramah bebas dll



5)media elektronik-ustaz2 dll



6)perubatan-perawat islam,doktor dll


7)muzik-kump nasyid dll


8)lain2 bidang-orang2 yang mahir dalam bidang itu






Kita menghadapi kekurangan pendaawah hampir di dalam semua bidang.Tetapi di sini saya ingin fokus kepada dua bidang sahaja iaitu daawah persendirian@berkumpulan dari rumah ke rumah dan juga di tempat maasiat.Fokus ini dilakukan memandangkan kebaikan2 yang dapat dicapai dengan cara ini.



Antaranya:



1)Kaedah ini adalah dari sunnah Rasulullah-memandangkan Rasulullah sendiri pada peringkat awal daawahnya pergi sendiri berjumpa sasaran daawahnya seperti di Mekah,Taif dsbgnya.Dan pada musim haji Rasulullah pergi dari satu khemah ke satu khemah untuk menyampaikan daawahnya.Juga sunnah Rasul2 terdahulu yang amat banyak hikmahnya.



2)Menginsafkan diri kita,kita akan dapat merasakan sedikit kesusahan dari kesusahan yang dialami oleh Rasulullah dalam berdaawah apabila kita pergi sendirian untuk berdaawah.Ini boleh menimbulkan perasaan kasih kepada Rasulullah kerana barulah kita sedar selama ini betapa Rasulullah telah mengorbankan dirinya agar kita umat di akhir zaman ini dapat menerima Islam.


3)Memudahkan perjalanan daawah sunnah.Kalau kita ingin mengajak masyarakat mengikuti sunnah,kita kena ajak mereka ke masjid dahulu,mudah2an nanti dia mendengar tazkirah,ta'lim ,ceramah dsbgnya menyebabkan nanti dia jadi seorang pembela sunnah(InsyaAllah)


4)Bagi pembela sunnah dia ada alasan untuk tidak pergi kenduri-kendara yang tidak sunnah kerana kerja mengajak orang kepada Allah ini lebih penting.Kalau kita melihat ramainya orang melakukan ma'siat kepada Allah dengan terang2an kita akan tahu bahawa cara terbaik kita ingin memperbaiki keadaan adalah kita sendiri mesti pergi dengan terang2an pula berda'wah kepada mereka.(counter-attack)


5)Jika sekiranya masjid dan surau menjadikan ini ajenda utama,cuba bayangkan setiap bulan atau dua bulan sekali Ajk Khas Surau/masjid yang ditugaskan untuk mengajak orang ke surau/masjid ini melakukan tugasnya maka bayangkan berapa ramai jemaah masjid dapat dikumpulkan setelah 10,20 atau 50 tahun.








No comments:

Post a Comment