Monday, August 10, 2009

Ulasan Langkah 2

Mungkin ada yang menganggap cadangan saya tidak praktikal dsbgnya namun mari kita
melihat beberapa faktor
1) Ada jemaah yang berjaya menarik orang ramai mengikut jemaah mereka dengan hanya pergi rumah ke rumah dan bilangan mereka kini mencecah jutaan orang.
2)Sekiranya jemaah surau@masjid pergi ke rumah ahli qariah ini boleh mengeratkan silaturrahim terutama kepada yang tidak mempedulikan semua program surau@masjd
3)Kadang2 ada jemaah yang entah apa sebabnya merajuk taknak pergi ke surau@msjd ,ini boleh dinasehati
4)Dengan bergerak begini kita dapat memantau dan menziarahi Ajk surau@masjd yang jarang berjemaah.Ajk surau@msjd haruslah menjadi orang yang paling bersemangat untuk solat berjemaah kerana atas dasar solat jemaahlah surau atau masjid didirikan.
5)Kalau jemaah daawah itu berjaya mengajak manusia ke surau,sedangkan mereka tidak semuanya mempunyai pendidikan agama,bayangkan kalau yang menziarahi ahli qariah itu ulama2,ustaz, pensyarah ugama dsbgnya tentulah umat akan rasa lebih terpanggil untuk ke surau
6)Dengan pergi rumah ke rumah kita akan lebih dekat dengan hati manusia.Perhatikan,bagaimana ramai juga orang membeli barang2 yang dijaja dari rumah ke rumah.Biasanya perhubungan penjaja ini lebih mesra dengan isteri kita daripada kemesraan mereka dengan tokeh kedai @pasaraya

No comments:

Post a Comment