Tuesday, August 11, 2009

Pandangan Beberapa Ulama Tentang Daawah

Sebelum saya menulis lebih lanjut tentang topik ini lebih baik kita tinjau sedikit tentang pandangan Ulama dahulu terhadap keadaan umat dimasa mereka.
Pada masa Imam Ghazali masih hidup,kekuasaan umat Islam berada pada puncak tertinggi.Sekolah-sekolah penuh dengan ulama dan para pelajar,dan kemajuan yang pesat dicapai dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan.Sungguhpun demikian Alghazali masih tidak berpuashati.Pada anggapannya daawah masih perlu dijalankan dikalangan umat Islam.kata beliau :

"Kalau seseorang tidak menyedari perbuatan2nya yang salah,maka tugas orang yang mengetahui pula menunjukkan kesalahan itu kepadanya.Oleh itu tiap2 tempat samada kampung,bandar ataupun masjid hendaklah DIAWASI oleh seorang yang alim.Dia hendaklah menerangkan kepada orang2 di situ perbezaan diantara perbuatan2 yang baik yang diredai oleh Allah dan perbuatan2 jahat yang menerima kutukanNya.Untuk berbuat demikian janganlah
hendaknya ia menunggu orang datang mencarinya.Sebaliknya dia@lah yang patut pergi mencari mereka untuk menyampaikan ajarannya.Ingatlah bahawa ulama menjadi waris para Nabi.Janganlah hendaknya mereka tinggalkan umat daalam keadaan jahil.Pada mulanya hendaklah dia melawat dari rumah ke rumah untuk menjalankan tugasnya.Orang yang mengidap penyakit jiwa jarang menyedari yang ianya mengidap penyakit itu.Tiap2 kerajaan dan Yayasan Islam hendaklah memikul tanggungjaawab menghantar rombongan alimulama ke segenap pelosok negeri untuk menjalankan daawah dikalangan orang ramai.Manusia dilahirkan dalam keadaan jahil dan hendaklah diberi ajaran mengenai dasar2 agama Islam."
"Dunia ini penuh dengan orang2 yang berpenyakit.Di dalam tanah terdapat mereka yang telah mati,tetapi di atas muka bumi terdapat mereka yang berpenyakit.Diantara mereka ini pula yang berpenyakit jiwalah yaang lebih ramai.AlGhazali berasa terkejut dan sedih apabila ia dapati kejahilan dikalangan umat,samada yang di desa mahupun di kota.Dia telah menulis dengan tujuan hendak menyedarkan penduduk2 kota akan tanggungjawab mereka,katanya :

"Kejahilan ummat mengenai Islam sebegitu rupa sehingga penduduk2 kota pun tidak mengetahui tentang dasar2 solat.Kalau keadaan penduduk2 kota sedemikian rupa,bayangkan keadaan penduduk2 desa seperti puak Kurd, Tukkoman dan sebagainya.Tidak ada manusia yang dilahirkan pandai.Dia terpaksa menuntut ilmu dari orang lain."

No comments:

Post a Comment