Saturday, August 22, 2009

Keperluan Daawah Di bulan Ramadan











Assalamualaikum semua,bagi yang pernah membaca blog ini ataupun yang baru membacanya mungkin tertanya-tanya apa tujuan blog ini ditulis ? Mudah sahaja jawapannya iaitu membongkar atau menganalisis tentang kaedah daawah secara persendirian dan rumah ke rumah bagi memudahkan kita melakukannya.Setelah memperhatikan situasi dan keadaan masyarakat saya dapat membuat beberapa kesimpulan :



1)Masih ramai dikalangan orang Islam tidak mengerti tentang agama mereka buktinya bila kita ke mana2 di bulan Ramadan yang mulia ini kita dapati masih ramai wanita yang tidak menutup aurat,masih ramai umat Islam yang tidak solat,tidak berpuasa ,berjudi dsbgnya.



2)Masih ramai yang sangsi dan tidak yakin dengan daawah secara persendirian atau berjemaah dari rumah ke rumah.Apa yang dapat dicapai,kesan kepada pendaawah dan sasarannya,jangka masanya dsbgnya.Ini akan dibincangkan dengan panjang lebar dilain masa insyaAllah.



3)Masih ramai yang tidak faham kepentingan solat berjemaah.Buktinya ketika Ramadan ramai yang menghadiri solat berjemaah,tetapi selepas Ramadan hilang kembali.Apakah solat berjemaah hanya dituntut di bulan Ramadan sahaja?Wahai umat Islam,kenapa kamu berfikiran dan bersikap begini?Apa yang membentuk mentaliti kamu jadi begini?Seolah2 tidak serius dalam beragama!Bolehkah kamu keluar dari keadaan mentaliti sebegini?Jika kamu tidak mampu,terasa lemah,tidak berdaya mengubah keadaan,harap2 kerajaan akan berubah dengan itu mengubah keadaan,maka saya mencadangkan kamu mengikuti apa yang saya sarankan iaitu jadi seorang pendaawah parttime dan pergi ke tempat2 yang melalaikan manusia dari Tuhan mereka,kemudian kamu daawahlah paling kurang seorang diantara mereka.Ini akan membantu meningkatkan iman kamu.Lihatlah sendiri bagaimana orang2 yang tidak mempedulikan agama dengan mudahnya ditipu oleh syaitan dengan tipuan yang senang2 sahaja.Insaflah jika kamu tidak berjumpa mereka dan mendaawah mereka ,maka mereka akan terus di dalam kesesatan dan andaikan mereka mati sebentar kemudian maka mereka mati dalam keadaan maasiat kepada Allah.Bantulah mereka,selamatkanlah mereka dan janganlah biarkan mereka terumbang -ambing di dalam kesesatan.Ini bukan bermakna tidak ada orang Islam yang membuat daawah di tempat maasiat,tetapi saya berharap bertambah ramai orang yang membaca rencana ini akan membuat kerja daawah.Lebih ramai lebih baik!


4)Paling penting bagi orang2 yang ingin membela quran dan sunnah atau golongan salafi,saya ingin memperingatkan diri saya dan diri kamu,kita tidak boleh mengharapkan daawah sunnah dijalankan dimasjid@surau sahaja oleh ustaz2,kerana lebih ramai sasaran tidak datang ke masjid@surau.Begitu juga kita tidak boleh sangat mengharapkan media berdaawah kerana tidak semua orang membaca @melihat media.Sedangkan Allah menjadikan kita sebaik2 media lengkap dengan suara,3d,melihat,memahami dsbgnya.Kitalah yang paling perlu menyampaikan daawah secara langsung tanpa mengenepikan kepentingan media yang lain.Bagi yang sibuk kerana mengajar,bekerja ,berpolitik dan sebagainya bolehlah berdaawah sebulan sekali,dua bulan sekali,6 bulan sekali atau setahun sekali.Yang pentingnya mesti pergi kepada sasaran daawah,bukan tunggu mereka datang kepada kita.Kalau kita tidak mampu juga jadikan Ajk masjid@surau yang khas yang boleh buat kerja ini. Kalau semua ini pun kita tidak mampu buat berharaplah dan berdoalah agar Allah menjadikan jenerasi akan datang yang lebih komited untuk memperjuangkan quran dan sunnah secara syumul melakukannya.Mari kita merenung dan menjawab beberapa soalan:


1)Adakah tuan2 ingin kebahagiaan di dunia?


2)Adakah tuan2 ingin kebahagiaan di akhirat?


3)Adakah tuan2 ingin nama dipadamkan dari menjadi ahli neraka dan ditulis menjadi ahli syurga?


4)Adakah tuan2 mahu Islam menang,menguasai dunia mengalahkan Yahudi dan Amerika?


5)Adakah tuan2 mahu masalah perzinaan,merempit,dadah,pencuri,rasuah dan sebagainya selesai?


6)Adakah tuan2 mahu meningkatkan iman?


Jika jawapannya adalah ya kepada semua soalan maka azamlah dengan teguh untuk melakukan daawah mengajak manusia kembali ke rumah Allah.Kemudian binalah mereka dengan acuan sunnah,insyaAllah kita dapat mengulang kembali apa yang telah dicapai oleh umat yang awal dahulu.



No comments:

Post a Comment