Wednesday, August 12, 2009

Penggunaan Daun Munggal Dalam Rawatan

Assalamualaikum.Kaedah daun munggal ini saya gunakan sekiranya tidak membebankan untuk pesakit mencarinya dan juga bagi pesakit yang berumur lanjut yang sekiranya dilakukan mandian ais akan lebih memudaratkan.Kaedahnya:

1)Ambil kira-kira segenggam daun munggal
2)Baca ruqyah pada daun munggal itu termasuk ayat pembatal sihir
3)tumbuk sehingga hancur dalam lesung batu(kalau tiada bolehlah blender)
4)campurkan dengan air yang di ruqyah,tapiskan dan buat setengah cawan air munggal yang pekat.buat 3 x setengah cawan air.
5)beri pesakit minum cawan yang pertama.jika tiada kesan berikan cawan yang kedua dan ketiga selang 8-10 minit antara setiap cawan.Sekiranya ada gangguan atau santau pesakit akan muntah dsbgnya.

Testimoni 1
Seorang pesakit perempuan berumur lebih 60 tahun tidak boleh berjalan dengan baik selama 10 tahun.Beliau kerap jatuh ketika di bilik air kerana kakinya tidak boleh bertongkat dengan baik.Ketika di ruqyah kelihatan tiada kesan apa-apa. Saya memberi beliau minum gelas yang pertama. ketika ditanya katanya rasa air itu pedas.Selang 10 minit saya memberinya cawan yang kedua,pedas juga rasanya.Selang 10min lagi saya memberinya cawan yang ketiga.Tidak lama kemudian beliau mula sendawa kecil tetapi dengan kerap.Banyak angin yang keluar ketika sendawa itu.Saya merukyah dibeberapa point di belakang beliau sambil mengurut,dan saya juga mengurut sedikit kaki beliau terutamanya yang lemah.Saya juga membekalkan air ruqyah untuk minum dan mandi limau tanpa ais.Hari kedua saya juga memberi beliau minum air munggal dan mengurut sedikit kakinya. Kali ini kurang sendawanya.Hari ketiga begitu juga tapi rasa air munggal itu tidak pedas lagi.Begitu juga tiada sendawa lagi.Beliau kini boleh berjalan dengan baik dan tidak jatuh lagi ditandas.Syukur alhamdulillah

No comments:

Post a Comment