Wednesday, August 5, 2009

PENGALAMAN MERAWAT 2 -HISTERIA1 PART 2

Lebih kurang jam 12.30 pada malam yang sama, saya telah dikejutkan oleh panggilan telefon oleh rakan pelajar berkenaan. Pelajar berkenaan telah dirasuk lagi. Saya terus bersiap pergi ke rumah pelajar berkenaan. Sebaik sahaja sampai di rumah pelajar tersebut saya melihat pelajar itu agak tenang. Rupa-rupanya dia sedang diruqyah oleh gurunya, seorang wanita. Saya agak pelik melihat cara gurunya itu merawat. Beliau menekan dahi pelajar itu dengan jari telunjuknya secara berlembut dan memujuk jin itu supaya keluar. Saya tidak mendengar beliau membaca ayat Al-quran walaupun sepotong ayat. Saya juga hampir tertawa kerana beliau hanya memakai seluar pendek sekerat lutut dan hanya berbaju T-Shirt lengan pendek ketika meruqyah itu. Apabila selesai, beliau berkata, "setakat inilah kemampuan saya ustaz. Nampaknya dah ok". Beliau pun menyerahkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Saya segera membaca doa perlindungan dan meruqyah pelajar itu. Saya membetulkan kedudukkan badannya dan menepuk beberapa point di belakangnya dengan kuat.Pelajar tersebut terus menjerit dan berada dalam kerasukan separa. Saya sempat bertanya nama Jin berkenaan dan meneruskan lagi ruqyah sehingga jin itu keluar. Setelah selesai sessi rawatan saya sempat memberi sedikit nasihat kepada rakan-rakan pelajar berkenaan. Saya juga meminta mereka memasangkan CD Al-Quran menggantikan lagu yang sedang dipasang.

No comments:

Post a Comment