Saturday, August 8, 2009

Bagaimana Menuju Solat Berjemaah Bah 1

Assalamualaikum.Tujuan saya menulis bukan untuk tunjuk pandai atau mengajar sesiapa.Lagipun saya tidak pernah belajar bidang agama.Cuma saya rasa terpanggil untuk memberikan pendapat.Jadi jika ada pandangan atau kritikan dari ustaz2 atau alimulama amat dialu2kan dan saya bersedia mengambil perhatian.

Apabila kita ingin meningkatkan iman diri atau anak2 kita akan merasa bahawa langkah pertama yang kita lakukan adalah dengan mengerjakan solat jemaah. Persoalannya adalah kita masih tidak berpuashati dengan bilangan jemaah yang datang berbanding kapasiti penduduk setempat sedangkan perkara ini boleh diusahakan dengan izin Allah. Jadi disini saya ingin mencadangkan beberapa perkara untuk difikirkan dan janganlah dengan cepat menuduh saya pembawa bidaah pula.

Langkah yang BOLEH dilakukan :

1) menjadikan ajenda utama bagi setiap surau atau masjid ada program khas untuk meramaikan jemaah seperti seminar solat jemaah dan kesempurnaan solat.Seminar ini boleh dibuat secara bersiri supaya kekerapan datang jemaah boleh dipertingkatkan.Mungkin perlu dibuat sehingga jemaah benar-benar mengerti dengan keyakinan yang benar bahawa solat jemaah adalah ni'mat yang teragung yang perlu dikejar sebagaimana mereka kini mengejar perniagaan dan lain2
2)Ajk surau atau masjid menubuhkan pasukan khas mengajak orang pergi jemaah,seperti ada satu jemaah daawah buat. Perlu ada kesedaran tidak semua orang setuju dengan jemaah daawah itu,jadi kita ada alternatif lain.Kalau jemaah berkenaan berjaya menarik orang menyertai mereka kenapa kita tidak mengambil kaedah mereka yang baik.Lebih baik kita tiru kaedah mereka yang baik dan diubahsuaikan
3)Pergi secara individu atau kumpulan kecil ke tempat2 maksiat untuk berdaawah.Ini tidaklah sesukar yang disangka yang penting kita perlu tahu apa yang perlu dipercakapkan.Dan ini boleh dilatih oleh ulama atau organisasi tertentu.Kita hendaklah sedar jika kita berjaya mendaawah mereka maka mereka boleh menyambung kerja daawah dengan lebih giat lagi.Tetapi kita hendaklah bermohon jangan Allah cenderungkan hati kita kearah maasiat sebab kita pergi ke situ selalu.Dengan latihan perkara ini adalah mudah untuk dilakukan.

No comments:

Post a Comment