Monday, August 10, 2009

Bagaimana Menuju Solat Jemaah Bah2

Ulasan Langkah1
Setiap surau atau masjid perlu mengadakan program seminar atau kursus berkenaan solat berjemaah dan kesempurnaan solat secara bersiri -sebagai cadangan 3 bulan sekali.Ini bermakna ada 4siri setahun.Satu siri lebih baik memakan waktu dua atau tiga hari.Ini membolehkan hadirin bersolat jemaah secara praktikal 5 waktu sepanjang tempoh seminar.Apabila hadirin biasa beritikaf dalam masa yang lama di surau@masjid mudah2an datang kecintaan kepada rumah Allah menyebabkan mereka suka pergi ke situ.Hal ini amat penting untuk diperhatikan kerana ramai dikalangan umat Islam di negara kita tidak pernah beritikaf dalam masa yang lama di rumah Allah.Ini perlu dibuat setiap tahun, malah tidak keterlaluan kalau saya katakan ia adalah lebih penting dari kursus haji bersiri.Penekanan perlu diberi kepada bagaimana mencontohi solat Rasulullah kerana solat Rasulullah paling sempurna,paling khusyuk dan berjaya menghasilkan perubahan peribadi.

No comments:

Post a Comment