Monday, August 24, 2009

Pandangan Seorang Jemaah Tabligh Tentang Daawah Rumah Ke Rumah


Soalan: Apakah fadhilat,kelebihan dan kebaikan mengerjakan amalan ziarah rumah ke rumah?
Jawapan:
Tulang belakang Agama adalah daawah.tulang belakang daawah adalah ghast atau amalan ziarah.
Amalan ziarah rumah ke rumah adalah perintah Allah dan sunnah Rasulullah S.A.W.
Merupakan amalan yang hidup di masjid nabawi di zaman Rasulullah S.A.W dan ianya perlu dihidupkan di semua masjid di seluruh dunia ini.
Nabi S.A.W bagi tahu mereka yang hidupkan sunnahku di zaman kerosakkan ummat ganjaran baginya 100 pahala shahid.Mereka yang hidupkan sunnahku adalah mereka yang mencintaiku,mereka yang mencintaiku akan bersama-samaku di dalam syurga.Antara tujuan ziarah dibuat:
1)Hidupkan sunnah nabi S.A.W
2)membawa bersama fikir,risau dan kebimbangan Baginda S.A.W
3)usaha ke arah kuatkan iman dan ajak tuan rumah kepada usaha menguatkan iman.
4)untuk tunaikan hak sesama Islam,hak paling besar iaitu hak kalimah toiyibah.
5)untuk hubungkan silaturrahim sesama Islam
Kelebihan :
1)Terlepas dari tuntutan di kalangan jiran2 di kariah/tempat tinggal
2)Debu2 yang melekat pada anggota orang yang membuat ziarah kerana Allah akan diharamkan hatta asap api neraka pun.
3)Seketika berada di hadapan rumah orang yang kita ziarah adalah lebih baik dari seorang yang beribadah di hadapan Hajarul Aswad di malam Lailatul Qadar.
4)Mematahkan tulang syaitan
5)Menjadi asbab besar tersebarnya hidayah ke seluruh alam.
6)sepagi atau sepetang mereka yang berada di jalan Allah S.W.T adalah lebih baik dari dunia dan segala isi2nya

1 comment:

  1. JEMPUTAN MAKAN FREE - REZEKI DARI LANGIT

    'Kami tidak mengutus seorang rasulpun melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dia-lah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.'
    (AL QURAN – Ibrahim: 4)

    'Dan sekiranya mereka Kami binasakan dengan suatu azab sebelum Al Quran itu diturunkan, tentulah mereka berkata: "Ya Tuhan kami, mengapa tidak Engkau utus seorang Rasul kepada kami, lalu kami mengikuti ayat-ayat Engkau sebelum kami menjadi hina dan rendah”.' (AL QURAN - Ta Ha: 134)

    Kepada yang faham dengan jelas Al Quran dalam bahasa Melayu di atas maka anda secara automatiknya telah tersabit dengan rasul yang diutuskan Allah kepada anda kaum Melayu iaitu rasul Melayu di;

    http://messengerofgodtoday.blogspot.com

    Al Quran adalah rezeki dari langit yang diturunkan Tuhan. Maka kami hanya menyediakan hidangan rezeki yang diturunkan kepada kami in 'Local Malaysian Style', free of charge (FOC).

    Hidangan yang kami sediakan adalah fresh sepanjang masa, segar, baru dan bukan bangkai, darah mahupun babi dan juga bukan yang disembelih selain nama Allah, serta di jamin halal di sisi Tuhan.

    Blog kami adalah terbuka dan sentiasa terbuka (24hrs) bagi mereka yang fakir, yang miskin, yang kelaparan dan yang dalam perjalanan untuk mendapatkan makanan di dalamnya yang boleh dimakan bersama-sama, yang tak habis-habis dan yang mengenyangkan yang boleh membawa kepada kepuasan hati.

    ReplyDelete