Sunday, September 6, 2009

Pengalaman Daawah 3



Assalamualaikum.Malam tadi 21.08.09 saya telah diberi peluang oleh Allah untuk menjalankan secuil kerja daawah.Pada mulanya saya menghantar tiket yang dipesan oleh abang ipar yang ingin pulang ke KL dari Kelantan. Abang ipar menunggu di Terminal Bas Kuantan.Setelah menghantar tiket saya pulang ke rumah menaiki motor sikal bersama anak kedua.Didalam perjalanan singgah sebentar disebuah kedai untuk minum.Disamping kami di kedai itu ada 3 orang pemuda berpakaian rock’ dan 2orang pemudinya yang memakai seluar sekerat lutut dan kelihatan seluar dalam jika dipandang dari belakang sedang minum.Hati saya terharu memandang keadaan mereka.Saya membaca doa dari surah Thoha berulang kali dan memohon agar Allah memberi ilham untuk mendaawah mereka. Walaupun begitu masih terasa berat dan takut.Selesai minum saya bersama anak pergi ke motosikal.Oleh kerana hujan masih renyai2 saya tidak segera pulang.Jam sudah lebih 1 pagi.Saya masih dalam pertentangan dengan diri sendiri,berani atau tidak.Dalam keadaan demikian anak2 muda tadi telah selesai makan dan membayar harganya. Terus mereka berlalu dengan cepatnya.Saya rasa menyesal juga kerana lambat bertindak.Ketika itu dat ang pula 2 pemuda lain dengan menaiki kereta bersama seorang pemudi yang tidak memakai tudung.Mereka pun duduk dan memesan makanan.Sambil mereka menunggu makanan saya membaca doa dan terus meminta izin untuk bercakap seminit sahaja.Tak dapat rotan akar pun berguna.Apabila diberi peluang saya terus memberitahu tujuan saya bercakap bukan untuk mengajar atau menasihati tetapi untuk m embawa berita gembira .Sesiapa yang berkata LailahaillAllah mereka akan berjaya.Sesiapa yang beramal soleh dan mengikut Rasulullah akan dimasukkan ke syurga Firdaus.Syurga yang sangat cantik.Dll lagi.Cukup seminit saya minta diri dan terus beredar.Dalam perjalanan pulang fikiran saya rasa lega dan lapang sekali.Agaknya walau kita berdaawah sepatah perkataan pun kalau ikhlas kerana Allah dan simpati terhadap sesama muslim tetap di dalam pandangan Allah dan rahmatNya.


No comments:

Post a Comment